19,991 kes Covid-19 hari ini

0
1

JUMLAH kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini meningkat kepada 19,991 kes berbanding 17,236 kes semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara kini sebanyak 1,299,767 kes.

Selangor mencatatkan 7,338 kes hari ini, dan masih yang paling tinggi mengikut pecahan kes setiap negeri.

Ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,374 kes, Kedah (1,830), Sabah (1,383), Johor (1,344) dan Kelantan (1,030).

Sementara, tujuh negeri mencatat kes tiga angka iaitu Perak 953 kes, Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564) dan Pahang (539) dan Terengganu 378 kes.

Manakala, Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan (1). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here