Khairy jangan kambing hitam Zahid untuk tolak keputusan MKT

0
1
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

JANGAN jadikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai kambing hitam untuk menolak keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu disuarakan oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyifatkan tindakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menolak keputusan MKT sebagai ‘blaming the victim’.

Mohd Puad yang juga Ahli MKT Umno berkata, Khairy juga tidak perlu mencari alasan dengan mendedahkan beliau “ada masalah kepercayaan” terhadap Zahid untuk mengekalkannya sebagai menteri dalam kerajaan PN.

“Sebenarnya Khairy menjadikan Zahid sebagai kambing hitam untuk menolak keputusan MKT. Khairy mencari alasan untuk kekal sebagai menteri dan sokong kerajaan PN.

“Justeru, Khairy perlu akur, mengingkari keputusan parti hanya memecah-belahkan parti. Jangan bersikap ‘blaming the victim’. Zahid jadi mangsa untuk tolak keputusan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mendakwa beliau mempunyai krisis kepercayaan terhadap Zahid sebagai Presiden Umno yang menjadi puncanya tidak menyokong keputusan MKT.

Menguatkan lagi pendiriannya, Khairy menjelaskan, tindakan Zahid mengutuskan satu surat kepada Yang di-Pertuan Agong atas nama Presiden Umno untuk memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tahun lalu menyebabkan beliau tawar hati terhadap kepimpinan Zahid.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, Khairy tidak perlu berdolak-dalik apabila mengatakan beliau taat kepada parti, tetapi tidak percaya kepada Presiden Umno.

“Kalau dia tidak percaya presiden, itu bukan tiket untuk dia tidak patuh keputusan parti. Kalau betul dia taat kepada parti, sila buat pengakuan terbuka, bahawa dia akan tarik sokongan kepada Perdana Menteri dan sedia letak jawatan sebagai menteri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here