“PM tiada 102 sokongan, mungkin kurang daripada 90” – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus mempertikaikan kenyataan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mempunyai 102 sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Menurutnya, Perdana Menteri hanya mempunyai kurang daripada 100 sokongan, mungkin sekitar 90 dan 95 sokongan sahaja atau kurang lagi.

“Sebab itu, saya percaya bahawa PM8 (Perdana Menteri kelapan) telah berbohong kepada Yang di-Pertuan Agong semasa dia kata dia masih ada sokongan majoriti.

“Sekiranya benar-benar ada sokongan majoriti, sesiapa akan buat undian serta-merta untuk menyelesaikan segala keraguan berhubung keabsahannya. Bukan tunggu sebulan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Najib berkata, jika negara bertukar Perdana Menteri bukan bermaksud kerajaan akan berhenti berfungsi.

“Jika kerajaan akan lumpuh sebab semua bergantung pada PM sahaja maka ianya adalah risiko amat besar.

“Kerajaan tetap jalan cuma dasar akan berbeza,” ujarnya.

Dalam pada itu, Najib menegaskan sudah tiba masanya Muhyiddin menerima realiti kegagalan dan memberi laluan kepada pemimpin lain berdasarkan prestasinya yang gagal mengawal Covid-19, menguruskan ekonomi, malah membeli dan mengugut jentera kerajaan.

Beliau berkata, memandangkan Malaysia sudah menjadi yang paling parah dalam dunia dari segi pengurusan pandemik, ia agak mustahil jika pengganti Muhyiddin juga akan mengulangi perkara yang sama.

“Bagaimana nak jatuh ke paling corot sekiranya sudah paling corot? Kita perlu juga perhatikan siapa yang masih bekap (sokong) PM8 pada masa undian berlaku.

“Sebab ramai akan buat rumusan masa itu bahawa mereka yang ketinggalan bas dan masih ingin berkait dengan kerajaan tanpa keabsahan yang gagal segagalnya sehingga saat terakhir itu adalah mangsa-mangsa sogokan dan ugutan ‘scheme of things’,”katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here