Olimpik Tokyo : Azizulhasni mara separuh akhir keirin

0
1

DATUK Azizulhasni Awang layak ke separuh akhir acara keirin basikal trek pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi selepas menduduki tempat kedua saringan ketiga suku akhir di Velodrom Izu.

Bagaimanapun, Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal layak ke separuh akhir acara yang sama selepas menduduki tempat terakhir saringan kedua suku akhir.

Dijangkakan, peringkat akhir acara keirin basikal trek akan berlangsung jam 10.51 pagi (7-12) dan jam 11 pagi (1-6). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here