SEMAKIN cerah harapan Malaysia meraih emas pertama selepas Datuk Azizulhasni Awang layak ke final acara keirin basikal trek pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, sebentar tadi.
Membuka harapan lebih besar apabila Azizulhasni berjaya menduduki tempat pertama saringan separuh akhir di Velodrom Izu.
Di peringkat final acara keirin basikal trek yang berlangsung jam 11 pagi, Azizulhasni akan bakal berentap dengan enam peserta negara lain. – Malaysiapost

