Khemah CAC Pelabukan Klang roboh dipukul ribut

0
1

BEBERAPA khemah di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Pelabuhan Klang roboh akibat ribut, petang semalam.

Kejadian tersebut tular menerusi sebuah video berdurasi 27 saat turut memaparkan petugas kesihatan membantu orang ramai yang berada di CAC berkenaan.

Dalam video itu, perakam berkenaan menyatakan terdapat orang di dalam khemah itu semasa kejadian itu.

Susulan kejadian itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turun melawat lokasi tersebut dengan segera bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri bagi meninjau keadaan semasa.

“Kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan segera bagi memastikan CAC tersebut dapat dibuka semula untuk orang awam.

“Alhamdulillah tiada kecederaan dan kemalangan melibatkan para petugas dan pengunjung dicatatkan,” katanya dalam hantaran Facebook, malam tadi.

Terdahulu, CAC Pelabuhan Klang mula beroperasi pada Jumaat lalu.

Ia berikutan daripada bantahan penduduk terhadap pengoperasian CAC Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas sebelum ini yang menyebabkan Pejabat Kesihatan Daerah ( PKD ) memindahkannya ke lokasi tersebut. – Malaysiapost

Foto : FB Amirudin Shari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here