Memang aku ditahan – Tauke Jambu

0
1

PELAWAK terkenal Tauke (Jambu) akhirnya tampil mengaku ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Zamatul Amri Zakaria itu membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi, hari ini.

“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, pelawak berusia 45 tahun itu menafikan dia adalah pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, pelawak berkenaan, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan ketika Ops Pintas dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah kira-kira jam 10 pagi.

Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here