19,257 kes baharu, jangkitan di Perlis naik mendadak

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

MALAYSIA mencatatkan 19,257 kes harian Covid-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 1,243,852 jangkitan semenjak virus berkenaan melanda negara.

Jumlah kes harian baharu hari ini menunjukkan trend penurunan berbanding 20,889 semalam dan 20,596 kelmarin.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut pecahan negeri dengan 7,084 kes.

Jangkitan di Kuala Lumpur sebanyak 2,450 kes hari ini, Kedah (1,514), Sabah (1,255), dan Johor (1,182).

Ia diikuti Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Perak (774), Pahang (714), Negeri Sembilan (884), Sarawak (573), dan Melaka (414).

Manakala Terengganu sebanyak 425 kes, Putrajaya (56), Perlis (41) dan Labuan (2). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here