160 kes kematian dicatatkan hari ini

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia mula mencangkul tanah untuk menanam jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 160 kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 iaitu 10,179.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui data dan infografik dikongsi di laman Facebooknya berkata, bagi jumlah kes sembuh baharu ialah 16,394 kes, menjadikan kumulatif kes sembuh adalah 993,020 kes.

Bagaimanapun, kes harian jangkitan Covid-19 terus melonjak tinggi iaitu 20,889 kes berbanding 20,596 semalam, yang membabitkan 20,889 kes tempatan dan 13 kes import.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 221,396 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 1,224,595 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 1,096 kes dengan 545 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here