
SEBANYAK 17 lokaliti membabitkan tiga negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 8 Ogos hingga 21 Ogos 2021.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.
Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti adalah seperti berikut:
Di Perak, enam lokaliti di Pulau Pangkor melibatkan Taman Seri Pangkor; Rumah Murah Pangkor; Ladang Kong Heap Lee; Kampung Tengah; Flat Taman Desa Pangkor dan Taman Desa Pangkor.
Selain itu, Tapak Bina Horizon dan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Kinta, Perak serta dua lokaliti di Mukim Sungkai, Batang Padang, Perak iaitu Kampung Perlok Baru dan Kampung Perlok.
Sementara, di Pahang membabitkan Kuala Tahan, Jerantut, dan tiga lokaliti di Temerloh, Pahang iaitu Taman Sri Layang, Mentakab; Taman Rimba, Mentakab dan Taman Tualang Indah
Di Sabah pula, dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah iaitu University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan manakala Kampung Lohan 1, Ranau, Sabah. – Malaysiapost
