Covid-19: Vaksin Moderna diluluskan – Dr Noor Hisham

0
1
PUTRAJAYA, 19 Jan -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 3,631 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 165,371 kes manakala sebanyak 2,944 kes telah sembuh dan terdapat 14 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 619 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MESYUARAT Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini bersetuju memberi kelulusan pendaftaran bersyarat kepada Produk Spikevax yang dikenali sebagai vaksin Covid-19 Moderna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat PBKD kali ke-362 itu untuk kegunaan semasa bencana.

“Ia bagi produk Spikevax 0.20 mg/ml Dispersion for Injection Covid-19 mRNA Vaccine (nucleoside modified) dari pemegang pendaftaran produk (PRH) Zuellig Pharma Sdn Bhd dan pengilang Rovi Pharma Industrial Services, Sepanyol,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut.

“Ia akan dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya.

Beliau berkata, KKM sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here