Ahmad Faizal dilantik Penasihat Khas PM

0
1

TIMBALAN Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, berkata Ahli Parlimen Tambun dan bekas Menteri Besar Perak itu akan bertanggungjawab menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas pelantikan ini,” kata kenyataan itu.

Sejak awal pagi tadi, satu poster ucapan tahniah atas pelantikan Ahmad Faizal dari Bersatu Kota Bharu mulai tersebar melalui media sosial.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Muhyiddin menjelaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here