Bekas Presiden PFA meninggal dunia

0
1

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie meninggal dunia di kediamannya di Puncak Alam, Kuala Selangor hari ini.

Perkhabaran duka itu dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook Hemico HQ sekali gus mengejutkan ramai pihak termasuk peminat bola sepak tempatan.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia pada jam 3.45 petang tadi, namun punca kematiannya tidak diketahui.

Bapanya, Ahmad Rafie Shaari mengesahkan anaknya meninggal dunia selepas menghidap penyakit sejak sebulan lalu.

“Setakat ini, punca kematian anak tidak diketahui lagi tapi sejak sebulan lalu memang dia ada menanggung sakit tapi tidak tahu puncanya.

“Saya reda dengan pemergiannya secara mengejut dan mengharapkan semua memaafkan jika ada salah dan silap yang dilakukan Allahyarham,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Ahmad Amizal pernah menarik perhatian peminat bola sepak tanah air apabila memegang tampuk kepimpinan PFA hanya dalam tempoh empat bulan sebelum meletak jawatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here