Frontliners, rakyat usah bimbang polemik dicipta ‘kluster mahkamah’

0
1

MEREKA yang berada dalam ‘Kluster Mahkamah’ sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri mereka daripada tindakan undang-undang.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata beliau bersama PAS berdiri teguh untuk terus mendokong Kerajaan PN.

Katanya, usaha mensabotaj perancangan dan gerak kerja kerajaan melawan Covid-19 serta memberi bantuan kepada rakyat amat dikesalkan.

“Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan. You’ve made your decision.

“Kami akui ada kelemahan sebagai manusia tetapi meninggalkan sahabat ketika susah, bukanlah amalan yang baik.

“Kepada frontliner dan rakyat, usahlah kalian bimbang dengan polemik yang dicipta oleh kluster mahkamah ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

‘Kluster mahkamah’ merujuk kepada pemimpin politik yang kini berdepan pelbagai kes di mahkamah.

Khairil Nizam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan komited dengan agenda Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pelbagai bantuan untuk rakyat yang telah dirancang akan diteruskan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here