
KES baharu Covid-19 di Malaysia dalam tempoh dua minggu menunjukkan trend mendatar, namun kadar kebolehjangkitan menunjukkan trend menurun.
Berdasarkan unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes harian kekal sekitar 17,000 sehari dengan tahap kemuncak diunjur pada pertengahan September ini.
Menurut KKM, setakat ini rekod kes harian paling tinggi ialah 17,786 iaitu yang dicatatkan pada 31 Julai lalu.
“Kes harian diunjur turun kepada 1,000 kes sehari pada Oktober ini.
“Kes diunjur terus turun apabila majoriti populasi lengkap divaksin,” menurut KKM dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
KKM memaklumkan, setakat hari ini sebanyak 22 peratus populasi negara sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19 dan daripada jumlah itu 30.7 peratus penduduk dewasa lengkap dua dos vaksin. – Malaysiapost
