Pengerusi PAC dihalang memasuki Parlimen

0
1

PENGERUSI Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh gagal mendapat kebenaran polis untuk memasuki bangunan Parlimen bagi menghadiri prosiding jawatankuasa itu, pagi ini.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu, berkata beberapa prosiding PAC akan diadakan pada jam 10.30 pagi ini turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Saya pengerusi PAC tidak dibenarkan masuk ke Parlimen oleh polis. Hari ini saya akan mempengerusi beberapa prosiding berkaitan procument vaksin.

PENGERUSI Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh gagal mendapat kebenaran polis untuk memasuki bangunan Parlimen

“Saya telah diberi masa dua minit untuk beredar dari sini, jika tidak saya akan ditangkap,” katanya yang ditemui media di laluan masuk ke bangunan Parlimen.

Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh

Terdahulu, media melaporkan, laluan masuk ke Parlimen dikawal ketat oleh pihak berkuasa selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba memasuki bangunan itu, pagi ini.

Malah, beberapa jalan utama menuju ke Parlimen ditutup, menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Parlimen.

Laluan utama ke Parlimen ditutup dengan penghadang bagi mengelak orang ramai masuk, susulan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung hari ini, ditangguhkan.

Rentetan penangguhan itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertegas untuk hadir ke Parlimen, walaupun sidang berkenaan ditangguhkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here