Pengawal peribadi positif Covid-19, Ahmad Marzuk jalani kuarantin

0
1

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary kini menjalani kuarantin kendiri kerana kontak rapat kepada seorang pengawal peribadi yang positif Covid-19.

Beliau memaklumkan telah telah menjalani ujian swab pagi tadi dan kini dalam tempoh kuarantin kendiri sehingga keputusan dikeluarkan.

“Ujian dilakukan kerana ada kontak rapat dengan pengawal peribadi yang positif.

“Doakan semoga saya dan para pegawai yang bertugas terhindar daripada jangkitan dan dimudahkan segala urusan. Terima kasih,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here