Pemberian vaksin perlu ditingkatkan kepada 800,000 dos sehari – Tun M

0
1
Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berkumpul dan protes di Dataran Merdeka hari ini berikutan Parlimen ditangguh selama 2 minggu bermula hari ini. Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berarak menujuk ke Parlimen tetapi dihalang oleh PDRM.

TUN Dr Mahathir Mohamad berpendapat jumlah vaksinasi harian perlu ditingkatkan kepada 800,000 sehari berikutan peningkatan ketara individu dijangkiti Covid-19 kerana tidak dikuarantin dengan berkesan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, peningkatan individu dijangkiti disebabkan mereka yang positif Covid-19 terpaksa duduk di rumah di mana ada yang belum dijangkiti virus berkenaan.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, tambahan pula ada segelintir individu dijangkiti tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Saya ucap tahniah kerana usaha kerajaan tingkatkan jumlah suntikan vaksin. 500,000 sehari boleh kurangkan kes baharu.

“Tetapi saya berpendapat jumlah perlu dinaikkan lagi kepada 800,000 sehari kerana peningkatan kes baharu disebabkan terlalu ramai dari yang sudah dijangkiti berada disekeliling kita yang tidak dapat dikuarantin dengan berkesan.

“Mereka terpaksa ada di rumah di mana ada yang belum dijangkiti. Mereka juga tidak patuh kepada SOP sepenuhnya,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 519,111 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 20,533,660 dos.

Jumlah vaksinasi harian Covid-19 itu mencatat angka melebihi 500,000 dos selama enam hari berturut-turut.

Hari ini, jumlah kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan adalah 15,764 kes menjadikan 1,146,186 kes keseluruhan direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan melanda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here