11,223 mohon rebat pengangkutan ke PPV di Selangor

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

SEBANYAK 11,223 permohonan inisiatif Rebat Pengangkutan Ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) diterima sehingga semalam dan daripada jumlah itu 8,239 permohonan telah diluluskan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata permohonan yang telah diluluskan adalah membabitkan peruntukan sebanyak RM68,400 setakat ini.

Menurutnya, inisiatif hasil kerjasama strategik dimetarai antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dengan Grab Malaysia itu masih dibuka kepada rakyat di Selangor.

“Sehingga 1 Ogos 2021, Inisiatif Rebat Pengangkutan Ke PPV kerjasama dengan Grab Malaysia menerima 11,223 permohonan. Sebanyak 8,239 permohonan diluluskan dengan peruntukan RM68,400.

“Pendaftaran masih dibuka di https://rebatpengangkutangrabvaksin.borangmbiselangor.com/” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau pada 6 Julai lalu mengumumkan mengenai inisiatif berkenaan yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 50,000 individu dengan peruntukan RM1 juta.

Amirudin berkata, kaedah pemberian subsidi kos pengangkutan adalah RM20 seorang, merangkumi kos tambang pergi dan balik dengan kadar lebih kurang RM10 bagi setiap sehala perjalanan.

Pendaftaran bagi rebat sudah dibuka 20 Jun lalu dan tempoh perjalanan sah adalah bermula 1 Julai hingga 30 September ini di mana ia boleh digunakan di 40 PPV terpilih di Selangor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here