Polis buru 4 tahanan lari dari pusat kuarantin Covid-19

0
1

POLIS memburu empat tahanan disahkan positif Covid-19 yang melarikan diri dari pusat kuarantin pesakit Covid-19, di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) di Penampang, Sabah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata suspek iaitu Salman Arip, 19; Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20; Mohd Rahman Basir, 24, dan Arippian Abdul, 27, dikesan melarikan diri dari pusat berkenaan jam 3.30 pagi tadi.

Beliau berkata, semua tahanan terbabit dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke pusat Covid-19 di bangunan ILMAN secara berperingkat sejak 24 Julai lalu selepas disahkan positif Covid-19.

“Empat tahanan yang melarikan diri membabitkan tiga warga asing dan seorang warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 27 tahun.

“Semua suspek yang ditahan disiasat atas kesalahan mencuri, mencederakan dan penyalahgunaan dadah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mohd Haris berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung semua suspek diminta segera menghubungi pihak polis.

Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here