Annuar Musa masih mahu menegakkan benang yang basah? – Puad Zarkashi

0
1
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mempersoalkan tindakan ‘denial Syndrome’ Tan Sri Annuar Musa kerana masih cuba mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meskipun sudah dilihat melakukan kesilapan dengan membelakangi Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, Menteri Wilayah itu telah memberikan satu artikel ‘ribut tidak menjadi, nyior condong tegak kembali’ menerusi aplikasi Whatsapp kepada semua Ketua Bahagian Umno seolah-olah mahu menegakkan kembali kebenaran berhubung kesilapan tersebut.

“Tetapi artikel itu berselindung atas nama “Ahli Parlimen BN”. Selepas ini saya sebut “artikel dokongan Annuar” (ADA).

“Ini yang dikatakan “denial syndrome”. Patutlah SOP dilanggar berulang kali. Ada sahaja alasan. Ziarah kubur pun boleh. Ia hanya terlarang semasa hari raya Qurban sahaja.

“Betulkah nyior condong tegak kembali? Warkah empat muka surat dari YDP Agong itu apa maknanya? Tuanku tidak murka ke? Apakah Kerajaan PN ini adalah kerajaan selamba. Tidak sedar diri atas kesalahan yang telah dilakukan. Titah YDP Agong cukup jelas, ‘Mengelirukan Dewan Rakyat’,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku di parlimen pada 26 Julai lalu bukan polemik atau cubaan, namun benar-benar berlaku untuk mengelirukan Dewan Rakyat.

“Warkah YDP Agong pada 29 Julai menjawab dan mendedahkan segala galanya. Baru rakyat faham kenapa YDP Agong murka.

“Ini bukan soal ikan menyambar umpan atau menangguk di air yang keruh seperti yang didakwa oleh ADA (Annuar Musa). Ia bukan drama, hakikatnya semua pihak terkejut. Daripada YDP Agong, ahli akademik, pakar perundangan hinggalah kepada rakyat biasa

“Jika tidak, masakan Istana Negara keluarkan kenyataan media pada 29 Julai dan disusuli Warkah YDP Agong juga pada 29 Julai 2021,” katanya.

Tambahnya, perbuatan mereka itu sudah terang-terangan membelakangi Yang di-Pertuan Agong, namun masih menafikannya.

“Tidakkah pelik apabila YDP Agong sendiri bertitah (empat muka surat) dengan kronologi terperinci. Ia respond kepada kenyataan media PMO pada petang 29 Julai.

“Apakah ADA (Annuar Musa) mengatakan warkah YDP Agong itu juga kura kura yang mahu meniti pokok nyior yang condong?

“Ini yang dikatakan “denial syndrome”. Mahu menegakkan benang basah. Menuduh orang lain mahu merampas kuasa tetapi Kerajaan sendiri didokong oleh majoriti lemah,” katanya.

Oleh demikian, Mohd Puad mempersoalkan kenapa mereka tidak berani mengabsahkan legitimasi Kerajaan PN melalui Parlimen.

“Kenapa mandulkan Parlimen dengan sesi taklimat. Sidang hari akhir (esok) dibatalkan. Takut ke?

“Itukah sebab nyior yang condong tegak balik? Dan kera tidak boleh meniti lagi? Memang PM tidak boleh meniti lagi. Rakyat hilang ‘Trust’. Dia mesti letak jawatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, selepas perkara itu terjadi, Annuar pula mendakwa niat mereka terselongkar dan bukan minat untuk berbahas dan kemukakan cadangan.

“Nawaitu siapa terselongkar? Najib gagal berucap pada hari Khamis. 3 kali ditangguh. Akhirnya sesi petang batal dan esok juga batal.

“Nawaitu Kerajaan PN yang terselongkar. Sebab itu sidang Parlimen hanya sesi taklimat dan 4 hari sahaja. Hari pertama lagi sudah “mengelirukan Dewan Rakyat”.

“Memang pokok nyior bertambah condong kerana negara dilanda krisis perlembagaan. Ia tidak akan tegak balik jika PM tidak letak jawatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here