Warkah Agong bukti berlaku pengkhianatan di Parlimen – Salahuddin

0
1

WARKAH berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tular di media sosial hari ini bukti berlaku pengkhianatan dalam Parlimen.

Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata desakan daripada Ahli Parlimen pembangkang dalam Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membuktikan sememangnya berlaku pembohongan kepada Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong oleh kerajaan Perikatan Nasiona (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Serangan yang saya lakukan bersama rakan-rakan lain dalam Parlimen akhirnya membuktikan sememangnya berlakunya pembohongan dan pengkhianatan besar kepada Parlimen dan YDPA oleh kerajaan PN pimpinan Tan Sri Mahaiddin Yassin,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Petang ini, tular laporan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong mengutuskan warkah kepada Muhyiddin berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam warkah bertarikh 29 Julai 2021, memaklumkan kronologi berhubung pembatalan semua ordinan-ordinan berkenaan.

Kandungan warkah tersebut ada memaklumkan baginda menerima warkah daripada Muhyiddin pada 24 Julai dengan rujukan MKN.12(RB)600-1/2/1(32) mengenai Pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat.

Setelah baginda meneliti isi kandungan warkah tersebut pada hari yang sama iaitu 24 Julai sekitar jam 4.30 petang, baginda telah menitahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara untuk mengadap Beta secara maya. Perkara ini Beta laksanakan selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Semasa sesi mengadap secara maya tersebut, Al-Sultan Abdullah telah menitahkan:

Baginda tidak berkenan untuk menandatangani permohonan tersebut kerana ianya dilakukan secara tergesa-gesa iaitu menjelang dua hari sebelum sidang Parlimen Selain akan keperluan ianya diwartakan.

Baginda memerlukan masa untuk menganalisa permohonan tersebut secara terperinci dan seterusnya mendapatkan pandangan lanjut daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu.

Terdapat beberapa persoalan berbangkit yang memerlukan penjelasan lanjut, khususnya berhubung tindakan undang-undang atau kompaun yang telah dikeluarkan di bawah Ordinan-Ordinan Darurat bagi tempoh 21 hingga 25 Julai 2021.

Sehubungan itu, baginda berasa amat dukacita kerana apa yang telah baginda perkenankan dan dititahkan pula kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Peguam Negara semasa sesi mengadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan Ordinan-Ordinan tersebut dibentang dan dibahaskan di Parlimen tidak dituruti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here