Pemuda Umno Johor jangan jadi ‘batu api’ – Armada

0
1

ANGKATAN Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Johor mengingatkan Pemuda Umno negeri itu supaya tidak jadi batu api dan mengambil kesempatan dalam situasi yang berlaku ketika ini.

Ketuanya Muhammad Shamsuddin Paijan, berkata pihaknya menyelar kenyataan Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah semalam yang didakwanya begitu lantang dan biadap terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Aramada Bersatu Johor sekali lagi mengingatkan Ketua Pemuda Umno jangan jadi batu api dan mengambil kesempatan dalam kesempitan. Ini bukan masanya untuk ‘menangguk di air yang keruh’ mengejar populis semata-mata.

“Kenyataan beliau seolah-olah beliau alpa berkaitan kerajaan kini melibatkan komponen parti Umno juga, desakan yang dilemparkan seperti menuding pada diri beliau sendiri.

“Apakah alasan beliau? Dengan semberono kenyataan beliau ‘Kerajaan dan Muhyiddin mengetuai penipuan’ satu kenyataan yang tidak boleh diterima, beliau harus fahami perlembagaan dahulu dengan teliti, tidak perlu seperti kebudak-budakan apabila mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Armada Bersatu Johor menasihatakan Ketua Pemuda Umno Johor memberi keutamaan menyokong kemaslahatan bersama, memilihara keharmonian negara dan mendahulukan rakyat.

“Bukan hanya mendesak Perdana Menteri meletak jawatan serta menyeru Ahli Parlimen dari parti masingmasing menarik sokongan, letak jawatan dan sebagainya.

“Jika begitu saya sarankan beliau juga perlu letak jawatan sebagai Ahli Majlis (Pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional Negeri Johor) yang dipegang kini, barulah ‘gentlemen’,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Armada Bersatu Johor menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri selaku Presiden parti dan barisan kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN)

“Kita menyeru kepada semua pemimpin politik untuk memberikan fokus bagi menangani pandemik Covid-19 ini dan terus membantu masyarakat terkesan di lapangan berbanding mengutamakan kepentingan politik peribadi,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno Johor mendesak Muhyiddin meletak jawatan ekoran tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya melanggar Perlembagaan dan melakukan penderhakaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here