Pengasas butik Bella Ammara jumpa Pakcik Hadi mohon maaf

0
1

USAHAWAN dan influencer Carl Samsudin telah bertemu dengan warga emas gelandangan selepas videonya yang didakwa meninggikan suara kepada lelaki berusia 64 tahun itu menerima pelbagai reaksi netizen sejak kelmarin.

Pengasas butik Bella Ammara itu memuat naik gambar di Instagram miliknya menunjukkan sedang duduk di hadapan warga emas dikenali sebagai Pakcik Hadi.

“Saya minta maaf,” tulisnya ringkas di hantaran tersebut semalam.

Semalam, pengasas butik itu yang didakwa menjatuhkan air muka warga emas lelaki di sebuah pusat transit gelandangan di Kuala Lumpur Selasa lalu, membuat permohonan maaf secara terbuka.

Carl menerusi laman Instagram memberitahu tidak berniat untuk menghina sesiapa dan hanya mahu memberi motivasi kepada golongan itu untuk mengubah kehidupan.

Warga emas tersebut menerusi satu video semalam juga memberitahu tidak marah atau berkecil hati dengan perbuatan Carl, dan menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku pada Selasa lalu.

Pakcik Hadi dalm video itu juga berterima kasih kepada netizen yang mengambil berat dan membela dirinya di atas isu yang berlaku. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here