Perancah projek LRT3 runtuh, seorang maut

0
1

PERANCAH pada projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3 bertentangan Hotel Premier di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi, Klang yang dalam pembinaan, runtuh hari ini.

Kejadian jam 2.15 petang itu mengakibatkan empat mangsa cedera manakala seorang lelaki warga Bangladesh yang terperangkap di sebalik timbunan perancah meninggal dunia, lapor Malaysia Gazette.

Kesemua mereka berusia lingkungan 30-an dan bekerja di kawasan pembinaan LRT 3.

Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada jam 2.58 petang sebelum jentera, kenderaan FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden runtuhan itu kira-kira jam 2.15 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here