Takiyuddin didakwa mahu letak jawatan

0
1

DATUK Seri Takiyuddin Hassan didakwa menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Tindakan itu dipercayai berkaitan kenyataan dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lalu, sedangkan Seri Paduka Baginda belum memperkenankannya.

Menurut sumber dalaman PAS, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS memaklumkan hasrat tersebut kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, beliau diminta merujuk keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu.

Sejak jam 1.30 tengah tadi, kediaman rasmi Muhyiddin menjadi tumpuan apabila beberapa kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara dilihat memasuki pekarangan kediaman tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here