PAS dokong sistem Raja Berperlembagaan, berdiri teguh bersama Perdana Menteri

0
2

PAS tegas mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Pada masa sama, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS berdiri teguh bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mendokong semua keputusan yang telah diputuskan oleh Kabinet.

“PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here