Kerajaan masih dapat sokongan lebih 110 Ahli Parlimen – TPM

0
1

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan hari ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.

Beliau turut menjunjung titah Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam kenyataan media yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik Covid-19,” katanya yang juga Ketua Whip Kerajaan menerusi kenyataan.

Terdahulu, Ismail Sabri antara pemimpin kerajaan yang dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara tengah hari tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here