Kes Covid-19 masih lepasi 17,000 kes

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES baharu harian Covid-19 tidak menunjukkan penurunan ketara apabila masih melebihi 17,000 dengan 17,170 kes dilapor hari ini menjadikan keseluruhan 1,078,646 kes dicatatkan sejak wabak melanda negara.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 7,163 kes (394,927 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 2,138 kes (118,951 kes kumulatif).

Kedah merekodkan 1,212 kes (42,961 kes kumulatif), manakala Johor 1,054 kes (88,435 kes kumulatif), Negeri Sembilan 884 kes (69,483 kes kumulatif), Sabah 776 kes (82,620 kes kumulatif), Pahang 638 kes (23,243 kes kumulatif) dan Kelantan 615 kes (41,758 kes kumulatif).

Di Perak sebanyak 596 kes baharu dilaporkan (36,094 kes kumulatif), diikuti Sarawak 582 kes (75,793 kes kumulatif), Pulau Pinang 554 kes (44,431 kes kumulatif), Melaka 416 kes (30,088 kes kumulatif), Terengganu 437 kes (15,807 kes kumulatif), Putrajaya 84 kes (3,735 kes kumulatif), Labuan 11 kes (9,645 kes kumulatif) dan Perlis 10 kes (675 kes kumulatif).

Setakat ini, Malaysia mencatatkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi selama tiga hari iaitu 17,170 kes dilaporkan hari ini, 17,045 kes pada 25 Julai lalu dan tertinggi 17, 405 kes, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here