BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah bergaya ke separuh akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon.
Dalam aksi suku akhir di Musashino Forest Sport Plaza sebentar tadi, beregu negara hanya mengambil masa 33 minit untuk menghantar lawan pulang awal ke Jakarta.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menang 21-14, 21-17 iaitu kemenangan pertama mereka ke atas gandingan lawan digelar The Minions itu selepas tewas kesemua tujuh pertemuan sebelum ini.
Pada aksi separuh akhir nanti, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menduduki ranking kesembilan dunia bakal bertemu beregu Nombor enam dunia, Li Jun Hui-Liu Yu Chen dari China atau pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen. – Malaysiapost
Foto Kredit: FB/Majlis Sukan Negara Malaysia

