Pemanah negara lepasi ranjau, mara aksi 16 terbaik

0
1

JAGUH memanah negara, Khairul Anuar Mohamad mempamerkan daya ketahanan mental tinggi apabila menang dua penentuan shoot-off sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik temasya Olimpik Tokyo 2020.

Debaran memuncak apabila Khairul Anuar bangkit dari ketinggalan dengan menewaskan pemanah Finland, Antti Vikstrom 6-5 dalam saingan 64 terbaik recurve lelaki.

Atlet berusia 29 tahun itu yang pernah beraksi di suku Akhir edisi Olimpik 2012 di London, terus mengungguli saingan shoot-off menentang Vikstrom selepas kedudukan terikat 5-5 (26-29, 28-28, 26-27, 28-22, 25-13) dan memanah tepat untuk meraih 10 mata berbanding Vikstrom sembilan.

Dia kemudian menewaskan pemanah China, Wang Dapeng dan sekali lagi terpaksa melalui penentuan shoot-off.

Dalam aksi menentang Dapeng, mereka terikat 5-5 (25-28, 28-28, 27-26, 29-26, 26-27) sebelum Khairul Anuar sekali lagi cemerlang menguasai saingan penentuan untuk menang 6-5.

Kini dia hanya selangkah saja lagi untuk menyamai pencapaian London 2012 dengan mara ke suku akhir.

Lawan Khairul dalam aksi 16 terbaik ialah jaguh Korea Selatan yang juga ranking kelima dunia, Kim Woo-jin yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Majlis Sukan Negara Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here