Pekebun, peniaga durian nak masuk Raub perlu jalani saringan Covid-19

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SEMUA peniaga dan pekebun durian dari luar Raub yang ingin memasuki daerah itu perlu menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) Covid-19.

Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjalanan dan membawa keputusan ujian saringan untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di sekatan jalan raya (SJR) daerah Raub sebagai bukti.

Jabatan Pertanian menerusi kenyataan memaklumkan arahan itu dikeluarkan Yang Dipertua Majlis Daerah Raub melalui surat bertarikh 26 Julai 2021 kepada Pegawai Pertanian Daerah Raub.

Menurut kenyataan itu, ia dibuat bagi membendung Covid-19 susulan penularan wabak itu telah dikesan dalam kalangan peniaga dan pekebun durian di beberapa lokaliti di Raub.

“Arahan ini berkuatkuasa serta-merta dan semua pemegang Surat Pengesahan Keterlibatan Dalam Aktiviti Rantaian Pembekalan dan Pemasaran Berkaitan Keperluan Makanan dikeluarkan Jabatan Pertanian Malaysia perlu mematuhinya.

“Perkara ini sejajar dengan kuasa-kuasa diberikan kepada Majlis Daerah Raub berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 72(1)(f)(i),” katanya.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 09-355 1267/ 013-965 7293 (waktu pejabat sahaja). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here