42 lagi kluster baharu dikesan hari ini

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 42 kluster baharu di seluruh negara hari kecuali Melaka dan Perlis.

Kluster baharu tersebut dikenal pasti di Johor, Selangor, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 25 daripadanya membabitkan jangkitan tempat kerja manakala 12 lagi kluster membabitkan komuniti.

“Selain itu, dua lagi kluster berkaitan kumpulan berisiko tinggi, manakala dua lagi kluster membabitkan pusat tahanan dan satu lagi kluster pendidikan.

“Sebanyak 3,527 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 2,499 kluster dilaporkan tamat, manakala 1,028 kluster lagi masih aktif setakat hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here