Nenek meninggal dunia, Caprice sedih tak dapat tunaikan janji

0
1

SEJAK kebelakangan ini, satu demi satu dugaan menimpa penyanyi rap dan aktivis, Caprice.

Hari ini, pemilik nama lengkap Ariz Ramli berkongsi berita sedih di mana nenek kesayangannya telah menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Dalam hantaran di laman Instagram, Caprice memberitahu merasa sedikit ralat kerana pernah berjanji kepada arwah neneknya untuk membawa pulang isteri dan cicit satu hari nanti, namun semuanya tidak kesampaian.

“Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek. Impian dan janji saya untuk membawanya menetap bersama ibu bapa saya di Kuala Lumpur juga musnah.

“Saya juga tidak dapat melunaskan janji untuk membawa pulang pasangan hidup dan cucu untuknya,” katanya dalam hantaran itu.

Caprice juga sedih kerana tidak dapat berada di samping neneknya di saat-saat akhir.

Namun begitu, penyanyi itu tidak memperincikan lebih lanjut mengenai punca kematian neneknya itu.

Caprice kini masih berada di Kaherah, Mesir bagi meneruskan misi kemanusiaan dan jihad secara bersendirian.

Dia berangkat ke Mesir pada 24 Jun lalu bagi menjayakan Misi Kemanusiaan Untuk Palestin (HM4P), hasil gabungan 16 ahli diketuai Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia (BKUM) iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here