Shahidan ‘angin’ perbahasan diganggu pembangkang

0
1

[Parlimen] SUASANA sesi petang Sidang Khas Parlimen hari ini tetap hangat dengan menyaksikan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim bertikam lidah dengan para Ahli Parlimen Pembangkang.

Kejadian berlaku apabila Shahidan mahu memulakan sidang perbahasannya.

Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang yang melibatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Parlimen Sepang dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam mula mencelah ketika Shahidan sedang berhujah.

Ianya tercetus apabila Shahidan menyindir Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sebenarnya telah gagal menangani kemunculan awal virus Covid-19 di negara ini.

“Gangguan orang sakit mental ini menyebabkan saya tidak dapat menghabiskan perbahasan ini. Orang ini kena periksa di hospital terlebih dahulu,” katanya.

Kata-kata itu menyebabkan keadaan Dewan Rakyat menjadi gamat seketika, sebelum Ahli Parlimen pembangkang bangkit untuk meminta Shahidan sendiri pergi mendapatkan rawatan mental di hospital. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here