Syed Saddiq bidas Muhyiddin agar jaga rakyat Pagoh

0
1
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

[Parlimen] PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa mengambil tahu masalah yang berlaku di kawasan Parlimennya, Pagoh.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa ramai penduduk dari Pagoh yang datang ke pusat khidmat Parlimen Muar untuk meminta bantuan seperti bakul makan, tablet dan laptop.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, beliau tidak takut dengan dakwaan itu kerana memiliki senarai penerima bantuan.

“Perdana Menteri dalam ucapannya tadi berkata, kerajaan tidak akan membiarkan rakyat rakyat menderita. Sejujurnya saya rasa beliau jarang turun padang sebab beliau tidak tahu masalah sebenarnya peringkat akar umbi.

“Tidak perlu tengok di peringkat nasional, kawasan parlimennya sendiri di Pagoh, ramai yang sanggup datang Pusat Khidmat Parlimen Muar minta tablet, laptop dan bakul makanan.

“Saya tidak takut untuk kongsikan senarai nama kerana senarai itu ada. Realiti pada hari ini sangat berbeza dengan yang digambarkan dalam ucapannya,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menafikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpeluk tubuh dalam menangani penularan Covid-19.

Beliau berkata ketika sesi ucapan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam mesyuarat khas Parlimen hari ini, kerajaan faham akan keadaan terkini rakyat mengenai kerana penularan pandemik dan cuba sehabis baik untuk mereka.

Sementara itu, Syed Saddiq juga membidas 38 ahli Parlimen Umno kerana dilihat berani bersuara terhadap kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional dalam media sosial namun berdiam sepanjang Sidang Khas Parlimen bermula hari ini.

Beliau berkata, mereka seharusnya tidak takut dengan ugutan kerajaan dan terus melawan terhadap kegagalan kerajaan pada hari ini.

“Mana Umno? Dalam media sosial pom-pang cakap kerajaan cakap, tetapi dalam dewan sunyi. Jangan takut jika mereka ugut kita lawan.

“Kalau nak lawan, lawan betul-betul,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here