Olimpik Tokyo: Atlet paling seksi di dunia tekad raih pingat sulung Olimpik

0
2

PASTINYA atlet paling seksi dan menawan di dunia, Alica Schmidt bakal mencuri tumpuan di Olimpik Tokyo 2020.

Atlet berusia 22 tahun itu hadir ke Olimpik pertamanya dan bakal menguatkan kuartet 4×400 meter (m) Jerman.

Menurut Japan Times, Alica akan cuba meraih pingat sulungnya pada temasya sukan terbesar di dunia itu.

Selain hebat di pentas olahraga, Alicia turut menarik perhatian dunia bola sepak apabila dia dilantik sebagai jurulatih kecergasan Borussia Dortmund.

September lalu, Alicia dijemput sebagai jurulatih kecergasan di kompleks latihan kelab gergasi Bundesliga itu.

Selain latihan kecergasan dengan Thomas Meunier, Felix Passlack dan Manuel Akanji, Alicia turut berlumba 400m dengan Mats Hummels.

“Saya memandang rendah kemampuannya,” kata Hummels yang keletihan selepas perlumbaan itu.

“Tumpuan saya adalah sukan. Media sosial adalah sambilan, jika tiada masa saya tidak akan memuat naik gambar,” kata Alicia yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Instagram.

Pada 2017, dia membarisi kuartet Jerman yang memenangi perak acara 4x400m di Kejohanan Olahraga Bawah-20 Eropah di Grosetto, Itali.

Dua tahun kemudian, model jenama Puma itu telah memenangi pingat gangsa acara sama dalam kejohanan di Gavle, Sweden.

Bagaimanapun, Alicia tidak selesa dengan gelaran atlet paling seksi di dunia itu.

“Saya tidak tahu mengapa saya mendapat gelaran ini. Sukan adalah keutamaan saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here