7,994 kes kematian Covid-19 di Malaysia setakat ini

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia mula mencangkul tanah untuk menanam jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

JUMLAH keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia setakat hari ini adalah 7,994 kes selepas mencatatkan pertambahan sebanyak 94 kes kematian hari ini.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 9,683 kes menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini adalah 844,541 kes.

Menurut KKM, daripada 17,045 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini, enam daripadanya adalah kes import dan daripada jumlah keseluruhan positif iaitu 1,013,438 kes di Malaysia, sebanyak 160,903 kes dilaporkan aktif.

Sementara itu, jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini adalah sebanyak 970 kes dengan 501 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes baharu harian tertinggi dilaporkan hari ini, 17,045 dengan Lembah Klang, Johor dan Kedah mencatatkan kes tertinggi.

Jumlah keseluruhan kes seperti dijangka melepasi sejuta hari ini sejak kes pertama dilaporkan di negara ini pada 25 Januari tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here