Nampaknya esok Malaysia akan cecah 1 juta kes Covid-19 – Najib

0
1

DATUK Seri Najib Razak sekali lagi menyindir kerajaan yang mengatakan tidak gagal dalam menangani Covid-19, namun statistik menunjukkan sebaliknya dengan keseluruhan kes kini hampir melepasi tujuh angka sejak wabak berkenaan melanda negara.

Ahli Parlimen Pekan itu percaya dengan jumlah keseluruhan kes dilaporkan setakat hari ini iaitu 996,393 kes, maka esok pastinya akan mencecah sejuta kes Covid-19.

“Aahh. Itu dia. Nampaknya esok Malaysia akan cecah 1 juta kes Covid-19.

“Siapa cakap kerajaan gagal? Tak betul,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, ia adalah satu rekod pencapaian yang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) banggakan.

“Jkom, esok keluar ramai-ramai puji kerajaan ye?,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melaporkan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah 15,902 menjadikan kes kumulatif setakat ini adalah 996,393 kes.

Jumlah 15,902 itu adalah yang tertinggi pernah direkodkan di Malaysia sejak wabak Covid-19 melanda, mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan semalam iaitu 15,573 kes dan hanya 3,607 kes sahaja lagi untuk mencecah keseluruhan sejuta kes positif Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here