Covid-19: 15 kluster tempat kerja baharu dikesan

0
1
dr noor hisham

SEBANYAK 27 kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini dengan 15 daripadanya membabitkan jangkitan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tempat kerja dilaporkan di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan dan Pahang.

Menurutnya tujuh lagi membabitkan kluster komuniti dengan tiga daripadanya di Sepang, Selangor dan masing-masing satu di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Dua lagi kluster membabitkan pusat tahanan iaitu Kluster Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur dengan 55 kes positif daripada 104 saringan yang dijalankan.

“Satu lagi adalah Kluster Tembok Nanas 2, di Pontian, Johor membabitkan 19 kes positif daripada 168 saringan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata selebihnya kluster pendidikan tinggi iaitu Kluster Seksyen 17 Lembah Sireh, di Kota Bharu, Kelantan; kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Mat Salleh, di Sabah dan akhir sekali Kluster Salamis iaitu kluster import di Kota Tinggi, Johor.

Malaysia merekodkan 3,418 kuster dengan 976 daripadanya masih aktif manakala 2,442 sudah tamat.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here