Berbulan tak bertemu, Ezzaty Abdullah sedih nenek meninggal

0
1

PELAKON Ezzaty Abdullah tidak dapat menyembunyikan rasa sedih kerana nenek kesayangan menghembuskan nafas terakhir, semalam.

Menurut Ezzaty, lebih sayu apabila dia tidak berpeluang berjumpa dengan arwah neneknya sejak empat bulan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Innalillah. Al-Fatihah untuk arwah nenek saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Ampunkan segala dosanya Ya Allah. Ya Allah, kuatkan semangat kami semua untuk terus reda,” katanya dalam hantaran di Instagram.

Mengakui sedikit terkejut namun begitu Ezzaty reda dengan pemergian arwah neneknya.

“Allah lebih sayangkan tok. Terima kasih Ya Allah pinjamkan tok pada saya selama 31 tahun. Lapangkanlah kubur tok dan semadikanlah bacaan al-Quran kami buat peneman tok di sana supaya tak sunyi nanti.

“Tok wan dah lama tunggu cinta hati dia. Tok besarkan anak-anak seorang diri dalam kemiskinan sampai semuanya berjaya. Tok ibu yang hebat!” katanya.

Pada hantaran InstaStory, Ezzaty berkongsi memori bersama nenek tersayang dan memberitahu bahawa arwah tidak pandai membaca tulisan rumi tetapi menghafal semua surah dalam al-Quran.

Katanya, sepanjang masa ketika hayat neneknya akan dihabiskan dengan berzikir dan menghafal surah-surah Al-quran.

“Tanyalah surah apa je dia tak hafal? Tak ada. Semua dia hafal. Banyak doa yang tok ajar untuk digunakan dalam hidup.

“Insya-Allah, kami anak-anak dan cucu-cucu tok cuba sambung berzikir untuk tok. Semoga semua amalan kami yang tok ajar akan disalurkan pahala kepada tok di sana. Jumpa nanti tok. Kami pasti menyusul,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here