Parlimen: Banyak idea akan dicadang – Ahmad Maslan

0
1

Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau sudah bersedia untuk berbahas pada Mesyuarat Khas Parlimen yang akan bermula di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Setiausaha Agung Umno itu, beliau mempunyai banyak idea untuk dicadangkan kepada pihak kerajaan dalam sidang tersebut yang akan bermula pada jam 10 pagi.

“Saya sudah dan akan bersiap tentunya untuk berbahas. Banyak juga idea akan dicadang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau turut berkongsi Aturan Urusan Mesyuarat Khas Parlimen.

“Sefaham saya menurut Perkara 150 (3) Perlembagaan, ordinan-ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas dan luluskan di Parlimen. Moga ini akan dibuat minggu depan,” katanya.

Mesyuarat Khas Parlimen yang bermula Isnin ini akan dimulakan dengan penerangan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ia berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Khas Penggal ketiga Parlimen ke-14 yang bermula pada jam 10 pagi Isnin ini yang diedarkan kepada Ahli Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here