
JUMLAH kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini menghampiri 8,000 kes dengan 184 kematian baharu dilaporkan hari ini.
Kes baharu itu menjadikan jumlah maut kini 7,902 kes.
Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 9,471 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 834,858 kes berbanding kes baharu positif 15,902 kes (996,393 kes kumulatif).
Menurut KKM jumlah kes Covid-19 yang masih aktif setakat ini adalah 153,633 dan daripada 15,902 kes baharu hari ini, 25 membabitkan kes import.
Seramai 950 pesakit Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 468 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost
