KP Kesihatan: 96 peratus jangkitan baharu kategori 1 dan 2

0
1
PUTRAJAYA, 19 Jan -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 3,631 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 165,371 kes manakala sebanyak 2,944 kes telah sembuh dan terdapat 14 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 619 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PESAKIT Covid-19 kategori satu dan dua meliputi 96 peratus daripada 15,902 kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 8,485 kes atau 53.4 peratus membabitkan kategori satu iaitu mereka tidak bergejala kategori dua membabitkan kes bergejala ringan, 6,901 kes atau 43.4 peratus.

Menurutnya bagi kategori tiga membabitkan kes mengalami radang paru-paru, 127 kes (0.8 peratus), kategori empat iaitu pesakit memerlukan bantuan oksigen, 129 kes (0.8 peratus) dan kategori lima, kes kritikal serta memerlukan bantuan ventilator, 260 kes (1.6 peratus)

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada diantara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 3.2 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori tiga hingga lima dan 96.8 peratus kes pada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes kategori satu dan dua yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman sesuai dibenarkan isolasi di rumah yang membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital.

“Oleh itu, kes-kes kategori tiga hingga lima akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

“Namun apabila dilihat senario di hospital-hospital, sememangnya pesakit kategori tiga hingga lima, peratusannya adalah jauh lebih tinggi.

“Ini kerana kebanyakan pesakit kategori satu dan dua adalah diisolasi di rumah (berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai/memenuhi syarat),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here