Lelaki pening babi tumpang tidur dalam rumah

0
2

SEEKOR babi hutan yang tertidur dalam rumah seorang lelaki membuatkan pemiliknya terkejut dan runsing memikirkan cara untuk menghalau binatang liar tersebut.

Menerusi video tular di media sosial, lelaki itu dilihat terperanjat namun disebabkan perkara ini dianggap unik, dia terus bersiaran langsung bersama pengikut media sosialnya.

Video itu memaparkan keadaan binatang liar itu yang masih lena sambil dia membincangkan langkah untuk mengalihkan haiwan tersebut selain membuat lawak berkenaan situasi dialaminya.

“Apa nak buat ni, macam mana nak alihkan babi ni dari rumah aku? Satu kerja pula nak cari tanah nak sertu kawasan rumah ni. Mungkin dia leka sangat tengok akuarium sampai tertidur kesian babi.

“Ada sesiapa nak beli babi? Sila letakkan harga anda sekarang. Ini kualiti ‘batang pinang’,” katanya.

Walaupun tidak menyatakan di mana lokasi kejadian berlaku, video berdurasi 11 minit 46 saat itu tular di laman sosial Facebook dan Tiktok.

Malah, rata-rata komen daripada pengguna media sosial, menyifatkan lelaki tersebut sebagai pencinta haiwan.

Liliana33 berkata, dia bersimpati dengan lelaki itu tetapi mungkin disebabkan auranya sebagai pencinta haiwan yang menarik binatang berkenaan untuk masuk.

“Kesian abang ni, banyak-banyak binatang dalam dunia ni babi juga yang menumpang tidur di rumah dia. Mungkin dia ni pencinta haiwan sebenar.

HalimPp pula mencadangkan agar lelaki berkenaan menghubungi pihak berkaitan atau mana-mana individu yang berminat untuk membeli haiwan berkenaan.

“Jangan diusik babi tu bang, bahaya. Hubungi sahaja pihak Perhilitan atau siapa-siapa yang berminat nak makan daging babi, mungkin mereka sudi beli,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here