Ahli Parlimen jalani ujian swab pagi tadi

0
2

SEBAHAGIAN Ahli Parlimen dilaporkan sudah membuat ujian saringan swab Covid-19 di bangunan Parlimen pagi tadi.

Ia sebagai persediaan menjelang pembukaan semula persidangan Parlimen mulai Isnin ini.

Antara yang berkongsi pengalaman menjalani ujian swab itu ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung Umno itu menjalani saringan bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

“Rindu Parlimen. Swab test Covid19 hari ini. Hadir Speaker DewanRakyat dan Ahli Parlimen pelbagai parti serta staf.

“Isnin depan sidang bersemuka 220 orang Ahli Parlimen. Hanya dengar taklimat dan pertanyaan. Penting Ordinan Darurat dibahas dan diundi. Betul ke kerajaan mungkin takut kepada pengundian,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Turut berkongsi ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi yang juga Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Pagi ini membuat swab test sebagai persediaan sebelum bermulanya sidang Parlimen pada 26 Julai 2021.

“Terima kasih para petugas kesihatan yang sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan yang diamanahkan,” ciapnya di Twitter.

Beliau turut berkongsi gambar berbual bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman serta beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 akan bersidang selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here