Fungsi Peguam Negara, Pendakwa Raya akan dipisahkan

0
2
KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika sidang media di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÕayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Terdahulu, Ahli Parlimen daripada PAS dan UMNO hadir dengan menaiki bas untuk ke Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERAJAAN telah memulakan perancangan ke arah memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu berkata ia bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang serta dalam masa sama mengelak berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest).

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa terbuka dan bersedia mengambil langkah-langkah bagi memelihara integriti serta kepercayaan awam terhadap badan perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara dan seumpamanya.

“Perkara ini akan ditambah baik melalui kajian perbandingan dengan negara-negara lain namun dengan kesesuaian sistem perundangan di negara ini.

“Kerajaan juga tiada halangan mempertimbangkan langkah mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Ini sekiranya ada keperluan berdasarkan fakta, undang-undang dan langkah pihak tertentu yang boleh menimbulkan persoalan integriti dan keyakinan terhadap badan perundangan yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan dalam aspek perundangan serta penjaga kepada keadilan jenayah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here