Keletihan punca jururawat suntik vaksin kosong – KJ

0
1
khairy jamaluddin kj

CUMA satu kes daripada 13 laporan polis berhubung isu suntikan vaksin Covid-19 kosong disebabkan kecuaian, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kes itu berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani di Kedah.

Menjelaskan mengenainya, Khairy berkata dalam kes berkenaan jururawat yang terlibat mengaku berlaku kecuaian akibat mengalami keletihan.

“Amaran sudah diberikan dan jururawat itu akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam sidang media Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) secara maya hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan picagari kosong iaitu PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) menyebabkan penerima terbabit membuat laporan polis.

Katanya, laporan suntikan vaksin kosong turut dibuat di PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here