507,050 dos vaksin semalam, paling tinggi setakat ini

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

SEBANYAK 507,050 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, sekaligus menjadi yang tertinggi setakat ini dan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 16,024,916 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi hantaran di laman Twitter, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 335,977 individu dan seramai 171,073 individu telah terima dos kedua semalam.

Secara keseluruhan, 10,920,862 telah menerima dos pertama manakala 5,104,054 individu telah melengkapkan dos kedua.

Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 131,222 orang, disusuli Kuala Lumpur (88,383), Sarawak (53,579), Negeri Sembilan (23,986) dan Johor (36,369). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here