PERTANDINGAN Miss Universe kali ke-70 diboikot kumpulan Pro-Palestin.
Kumpulan tersebut melancarkan boikot berkenaan selepas penganjuran acara berkenaan yang dijadualkan pada Disember ini menjadikan Eilat, sebuah bandar di Palestin sebagai lokasi pertandingan.
Ketetapan lokasi berkenaan diumumkan penganjur pertandingan itu menerusi hantaran di laman Twitter, baru-baru ini, lapor media antarabangsa.
Bandar Eilat dibina pada 1952 oleh penduduk Palestin di bandar paling selatan di Umm al-Rashrash.
Tindakan kumpulan tersebut mengecam penganjuran pertandingan tersebut kerana mendakwa penganjur mahu mengalihkan perhatian terhadap isu kemanusiaan di wilayah berkenaan.
Israel mengeksploitasi acara itu bagi menunjukkan negara haram itu kononnya memperjuangkan budaya, agama dan latar belakang sosial sekali gus menutup isu diskriminasi terhadap rakyat Palestin dengan mencipta 65 undang-undang berbaur perkauman. – Malaysiapost

